SELANGOR FC
BERITA

Reviu Perlawanan MFLCC QF1 | Kelantan Darul Naim FC 1-5 Selangor FC | Langkah Kanan Buat Perlawanan Pertama #MFLChallengeCup2024-25

Dec 13, 2024 - FAS

Selangor FC meraih kemenangan 5-1 menentang Kelantan Darul Naim (KDN) FC dalam perlawanan Suku Akhir saingan MFL Challenge Cup 2024/25 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya semalam.

Lima jaringan gol daripada tiga penjaring berbeza. Ronnie Fernandez telah membuka jaringan awal Selangor FC dengan meleret masuk hantaran Quentin Cheng seawal minit ke-2 perlawanan. Quentin Cheng sekali lagi membuat hantaran yang baik membantu Mukhairi Ajmal menjaringkan gol pertamanya pada minit ke-37 sebelum separuh masa pertama tamat. Skuad Gergasi Merah terus menjaringkan gol menerusi Mukhairi Ajmal selepas tiga minit separuh masa kedua, hasil tindakan pantas Ronnie Fernandez menghantar bola tersebut kepada beliau. Namun, KDN FC juga menjaringkan satu gol menerusi Arip Aminuddin pada minit ke-70. Tidak lama kemudian, Ronnie Fernandez terus menjaringkan  pada minit ke-73 selepas menerima leretan tepat daripada Faisal Halim. Jaringan terakhir perlawanan #KDASFC adalah menerusi Quentin Cheng pada minit ke-79 selepas menerima hantaran satu sentuhan daripada Yohandry Orozco.

Menurut Katsuhito Kinoshi, ketua jurulatih Selangor FC, beliau gembira dengan persembahan yang ditunjukan oleh para pemain.

"Saya gembira dengan kemenangan ini, para pemain menunjukkan gaya permainan saya inginkan dan mendapat kemenangan daripadanya. Saya sangat berpuas hati dengan semua pemain termasuk mereka yang berada di bangku simpanan. Kami barisan jurulatih sentiasa membuat pertimbangan mengenai pemain mana yang patut diberikan lebih masa bermain, jadi saya berikan peluang kepada pemain muda untuk bermain kebanyakan di separuh masa kedua semalam." Jelas beliau. 

Minggu hadapan, pasukan akan berdepan dengan dua perlawanan; 17 Disember menentang Perak FC di Stadium Manjung pada jam 8:30 malam dan 22 Disember, perlawanan Suku Akhir kedua Piala Cabaran di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada jam 9 malam.

Pihak pengurusan gembira pasukan semakin serasi dengan falsafah bola sepak yang dibawa oleh ketua jurulatih baharu Katsuhito Kinoshi. Semoga terus berikan yang terbaik bagi mengekalkan kedudukan terbaik dalam Liga Malaysia 2024/25.

Demi Kebanggaan.